Apabila Dr James Naisnith yang berasal dari Kanada telah
mencipta permainan bola keranjang bagi penuntut Bahagian Latihan Fizikal,Kolej
Springfield di YMCA Amerika sekitar tahun 1891,tanpa beliau sedari beliau juga
telah mencipta satu lagi permainan yang hamper sama dengan bola keranjang iaitu
Bola Jaring. Pada 1895,Dr Tales telah membawa masuk permainan ini ke England
yang pada asalnya dikenali sebagi Basket Ball.Permainan Bola Jaring amat
popular di eropah terutamanya di Australia dan juga di New Zealand. Bahkan dalam
masa yang singkat sahaja permainan ini telah berkembang ke Afrika,United
Kingdom,Kepulauan Caribean dan juga Asia.Permainan Bola Jaring diambil dari
permainan Bola Keranjang. Bola Jaring telah diperkenalkan oleh pelajar Kolej
Latihan Fizikal Madame Ostenberg di Hampstead England.Permainan Bola Jaring
dulunya dikenali sebagai Bola Keranjang perempuan. Pada awalnya permainan ini
tidak mempunyai undang-undang dan tiada garisan di gelanggang. Golnya pun hanya
diperbuat dari tong sampah yang digantung di suatu sudut.Disebabkan menggunakan
tong sampah,jika bola dimasukkan maka pemain terpaksa memanjat untuk
mengambilnya dan ini amat menyusahkan pemain. Selepas 2 tahun permainan tidak
lagi dimainkan di dalam dewan tetapi diluar dewan. Kelangkapan permainan juga
telah ditukar.Gelung telah digunakan bagi menggantikan tong sampah bahkan
gelanggang telah dibuat garisan. Gelanggang telah dibahagikan kepada 3 bahagian
yang sama besar. Bola yang lebih besar juga telah digunakan.Pada awalnya Bola
Jaring hanya dimainkan oleh perempuan. Oleh itu,baju bagi sukan ini juga telah
diperkenalkan dimana pemain dikehendaki memakai skirt yang panjang dan baju
yang berlengan besar. Undang-undang permainan pertama sekali dicipta pada 1901
iaitu tidak lama selepas penciptaannya. Disebabkan permainan ini diasaskan lewat
abad ke 19,maka ia berkembang sekitar awal abad ke 20. Permainan ini telah
disebarkan oleh pederi dan pendakwah Kristian ke seluruh jajahan takluk British
seperti Australia dan New Zealand. Walaupun permainan ia diasaskan di Britain
namun New Zealand mendahului dalam menubuhkan persatuan Bola Jaring pada 1924
kemudian diikuti oleh Britain 1926 dan Australia 1927. Australia dan New Zealand
telah bertindak membuat peraturan sendiri bagi permainan ini sehinggalah tahun
1938. Pertandingan pertama Bola Jaring ini diadakan pada 1963 yang mana
menyaksikan Australia memenangi pertandingan tersebut dengan mengatasi New
Zealand dengan satu mata. Ini menyaksikan Australia merupakan Negara pertama
yang memenangi pertandingan ini. Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian
daripada bola keranjang yang amat popular pada awal 1900-an. Ia berasal dari
Amerika Syarikat dan dikenali sebagai "bola keranjang wanita". Sukan
ini dicipta oleh Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia
dan Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita Seluruh
England (All EnglandWomen’s Netball Association).
Bola
jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu kasar. Sehingga
hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah negara di seluruh dunia.
Di negara kita bola jaring diminati oleh semua golongan wanita. Berbagai
kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa. Majlis Sukan
Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan kejohanan bola jaring yang
dianggap paling menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kejohanan ini
dijalankan dari peringkat daerah, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Persatuan
Bola Jaring Malaysia juga turut menganjurkan kejohanannya sendiri, dan turut
mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa. Sejarah bola jaring di
Malaysia pula bermula apabila ia popular dikalangan sekolah mubaligh Kristian.
Guru-guru Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring.
Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978. Persatuan ini telah
mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia
dan Kejohanan Piala Dunia.
1891
Dr. James Naismith - berbangsa Kanada mencipta sukan dalaman
untuk penuntut Bahagian Latihan Fizikal, Kolej Springfield, Massachusetts,
Amerika Syarikat. Bola Jaring (asalnya dikenali sebagai bola bakul / basket
ball) dibawa ke England oleh Dr. Tales dalam tahun 1895.
1987
Dimainkan atas rumput
1926
Penubuhan Persatuan Bola Jaring England (AENA)
1957
Mesyuarat persetujuan mengenai undang - undang di London.
1960
Persekutuan Antarabangsa ditubuhkan di Ceylon (Sri Lanka).
No comments:
Post a Comment